IPOH: Pelakon, Beto Kusyairy mengalami kecederaan selepas terlibat kemalangan ketika mengikuti konvoi motosikal Solidarity Ride Free Palestine Wings Motor Gangs Society (WMGS) Asean ke Masjid Negeri Perak di Ipoh pada Isnin.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku berhampiran Ladang Bikam, Sungkai yang turut melibatkan seorang lagi peserta konvoi berkenaan.
Legenda rock tanah air, Datuk Awie yang mengetuai konvoi tersebut mengesahkan kejadian tersebut tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.
"Insiden kemalangan itu tak berapa serius. Ada dua orang terlibat," katanya ringkas kepada pemberita berhubung insiden tersebut.
Beliau ditemui selepas program Solidarity Ride Free Palestine WMGS Asean ke Masjid Negeri Perak di Masjid Sultan Idris Shah II di sini pada Isnin.
Terdahulu seramai lebih 300 peserta konvoi tiba di Masjid Negeri Perak kira-kira jam 7.30 malam sempena program berkenaan.
Biarpun hujan sepanjang perjalanan, konvoi berkenaan tetap diteruskan melibatkan 11 kelab motosikal berkuasa tinggi yang lain.
Hadir sama menyambut ketibaan konvoi berkenaan, Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi; Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Mohamad Hamidi Baharuddin dan Imam Utama Masjid Negeri Perak, Ridzuan Zaidin. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 14 2023
Beto Kusyairy mengalami kecederaan selepas terlibat kemalangan ketika mengikuti konvoi motosikal pada Isnin. - Gambar/ IG beto_kusyairy
Pemimpin dunia sampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi
Pemimpin dunia menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa esok
Empat daripada 15 individu yang ditahan menjalankan aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Bentong pada Selasa.
Pereka grafik didakwa sembunyi wang lebih RM100,000 milik seorang lelaki
Seorang pereka grafik mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyembunyikan wang berjumlah lebih RM100,000 milik seorang lelaki.
Buruh dipenjara lapan tahun lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan ke atas seorang buruh kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.
Rangka manusia di ladang kelapa sawit disahkan milik Muhammad Syafiq
Identiti lelaki berusia 33 tahun itu disahkan berdasarkan siasatan dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.
30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, elakkan daripada mana-mana pemohon terlepas peluang belajar meskipun dijangka terdapat 30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET.
AWANI Ringkas: Jenazah suspek tidak dibenarkan dibawa ke mana-mana masjid
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trafik penumpang MAHB meningkat 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024
Pergerakan penumpang MAHB berkembang sebanyak 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024 berbanding 10.2 juta pada bulan sebelumnya.
Fenomena astronomi: Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Beto Kusyairi syukur selamat, mohon doakan seorang lagi mangsa nahas
Beto meluahkan rasa syukur apabila terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.
Beto Kusyairy kemalangan sertai konvoi
Beto Kusyairy mengalami kecederaan selepas terlibat kemalangan ketika mengikuti konvoi motosikal Solidarity Ride Free Palestine Wings Motor Gangs Society (WMGS) Asean.
Gandingan Sofyank dan Beto Kusyairy dalam video 'Metal Slug' terima pujian netizen
Sofyank mengakui dia sendiri yang memilih Beto untuk bekerjasama dengannya kerana menganggap aktor itu seorang yang hebat.
'Dia stabil, masih dalam jagaan pakar' - Beto Kusyairy sahkan Azhan Rani terlibat nahas motosikal
Azhan mahu memastikan keadaan dirinya betul-betul sudah stabil sebelum menjawab sebarang pertanyaan.
Perangi antivaksin, dapatkan pempengaruh galakkan vaksinasi - Pakar psikologi
Pengarah Penyelidikan dan Advokasi SOLS Health-Thrive Well, Dr Arman Rashid berkata kita perlu bertutur dalam bahasa yang sama dengan antivaksin dalam mendekati masyarakat yang lebih luas.
'Frontliner' papar konflik dalaman, pengorbanan barisan hadapan
Frontliner menampilkan nama-nama besar seperti Azhan Rani, Beto Kusyairy, Farah Ahmad, Wan Maimunah dan Achey sebagai teraju utama.
'Kenapa lagi cantik dari perempuan ni?' - Wajah Beto Kusyairy selepas disolek curi perhatian
Wajah aktor Beto Kusyairy disolek seperti wanita menjadi perhatian dan bahan jenaka netizen.
Beto Kushairi menang Pelakon Lelaki Terbaik Pesta Perdana 2017 Singapura
Beto Khusairy diumumkan pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonannya di Pesta Perdana 2017 Singapura pada Jumaat.
Jangan guna istilah 'retis' - Beto Kusyairy
Beto meminta khalayak agar mengambil tahu tentang asal-usul satu-satu istilah atau perkataan yang digunakan.
Sampai Hati, iklan raya Petronas tahun ini dilancarkan
Petronas melancarkan iklan sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang bertajuk Sampai Hati hari ini.